CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 23, 2009

Ulasan buku

1. Konsep kajian tindakan

  • Buku ini menerangkan konsep kajian tindakan berdasarkan Cohen (2000) iaitu kajian tindakan merupakan alat yang mampu untuk membuat perubahan dan peningkatan dari satu tahap yang rendah ke tahap yang lebih tinggi
  • Kajian tindakan adalah sangat praktikal, mempunyai kitaran, dan sebagai penyelesai masalah.
  • Kebiasaannya, individu yang membuat kajian tindakan adalah terdiri daripada golongan professional yang membuat kajian tindakan sebagai cara untuk mencari maklumat dan melakukan perubahan terhadap amalan professional mereka sendiri (Gray, 2004).
  • Selain itu, kajian tindakan ini sangat berguna kerana ia dapat meningkatkan perkembangan professional, kesedaran terhadap perkitaran tempat kerja, motivasi serta keperluan membuat refleksi.
  • Kesannya, model kajian tindakan adalah multi aplikasi dan boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuklah individu ataupun berkumpulan, dilaksanakan di dalam bilik darjah, sekolah ataupun sekolah kluster.
2. Kenapa guru perlu membuat kajian tindakan?
Terdapat 3 sebab mengapa guru perlu membuat kajian tindakan dibincangkan dalam buku ini iaitu:

i. Untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
Setiap pengamal berperanan untuk meningkatkan standard dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jadi, tenaga pengajar (guru) dan staf sokongan berkolaboratif untuk menjalankan kajian berasaskan bukti yang berpotensi untuk memberi impak yang positif dalam jangka masa panjang terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

ii. Untuk menghasilkan teori yang baru
Tujuan kajian tindakan dilakukan bukanlah sekadar untuk memberi fokus kepada meningkatkan amalan dalam pendidikan tetapi menurut McNiff and Whitehead (2005), kajian tindakan juga berperanan dalam membolehkan guru untuk terlibat dalam penghasilan teori yang baru.

iii. Untuk membantu mengembangkan kemahiran pengamal

Selain menjadi alat untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori yang baru, proses penyelidikan juga merupakan satu alat yang tidak ternilai untuk perkembangan praktis reflektif. Konsep praktis reflektif di tempat kerja telah dilakukan oleh Schon (1983; 1987) dan Brockbank et al. (2002)

3. Rekabentuk kajian tindakan

Model
Dalam buku ini menggunakan model kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Lewin iaitu:

Merancang
  • Kenalpasti masalah yang ada serta peningkatan yang boleh dilakukan.
Melaksanakan
  • Pengumpulan data dijalankan yang melibatkan instrumen seperti temubual, pemerhatian, rakaman video serta analisis dokumen. Prinsip utama dalam memilih instrumen adalah ia mesti sesuai dengan tujuan kajian tindakan dilakukan
Memantau
  • Pemerhatian dan analisis data akan dilakukan
Membuat refleksi
  • Akhir sekali refleksi dan penilaian akan dilakukan terhadap perubahan yang telah dijalankan
Selesai membuat refleksi, kitar kajian tindakan telah lengkap tapi kitar ini mungkin berulang lagi dengan melakukan penambahbaikan terhadap proses kajian tindakan

Sampel/Participant

Buku ini tidak menerangkan dengan lebih jelas tentang sampel kajian tindakan tetapi hanya menerangkan secara umum dimana sampel/participant yang digunakan perlulah bersesuaian dengan fokus kajian yang dijalankan. Walaubagaimanapun, buku ini ada memberikan contoh sampel kajian tindakan. Dalam kajian tindakan Sandra dalam membantu perkembangan fizikal seoarang kanak-kanak, sampel kajian beliau adalah kanak-kanak yang kurang stamina dan tidak berminat dalam aktiviti fizikal.

Setting (kedudukan)

Selain memerlukan maklumat atau sumber serta peserta yang berkaitan dengan tujuan kajian tindakan dijalankan, kajian tindakan yang dijalankan haruslah boleh menghasilkan perubahan, maka projek yang dijalankan perlulah dijalankan dalam setting yang mudah di akses dan sesuai dengan fokus kajian tindakan. Namun buku ini tidak menerangkan dengan lebih terperinci tentang setting kajian tindakan.

4. Prosedur kajian tindakan

Konsep proses kajian tindakan yang diterapkan didalam buku ini adalah:
i. Kenalpasti bidang yang ingin dikaji serta apa yang ingin diubah
ii. Lakukan perubahan
iii. Lihat pada kesan perubahan
iv. Rancang semula/ubahsuai perubahan
v. Ulang semula
vi. Buat refleksi dan amalkan secara berterusan

5. Pengumpulan data dan penganalisisan data

Pengumpulan data

a) instrumen kajian

Pemilihan kaedah untuk pengumpulan data adalah pemilihan alat yang tepat untuk pengumpulan data kajian. Dalam sesuatu projek kajian tindakan, anda boleh menggunakan dua atau tiga kaedah yang berlainan contohnya questionnaire, temubual, atau pemerhatian. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan perakam video atau DVD, perakam audio, atau teknik mencatat nota dalam usaha untuk mendapatkan maklumat.

b) teknik pengumpulan data

Pemerhatian

Pemerhatian bukanlah sekadar melihat pada sesuatu dan mencatat fakta. Ia adalah lebih kombinasi yang kompleks antara deria rasa (lihat, dengar, sentuh, bau, dan rasa) dan persepsi (Gray, 2004: 238). Pemerhatian melibatkan sistematik, melihat perlakuan secara dekat, merakam perlakuan, dan yang paling penting adalah menganalis dan interpretasi apa yang dilihat.

Questionnaire

Questionnaire mengandungi set soalan dimana individu dikehendaki menjawab soalan yang telah ditentukan terlebih dahulu. Ia merupakan salah satu antara alat pengumpulan data yang digemari. Untuk membina set soalan, antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah:

a) adakah soalan tersebut jelas?
b) adakah soalan menggunakan bahasa yang sesuai dengan responden?

Apa yang penting adalah cuba elakkan menggunakan bahasa yang prejudis ataupun yang mempunyai kaitan dengan jantina, kaum ataupun kekurangupayaan.

Temubual

Kaedah temubual merupakan kaedah yang lebih fleksibel daripada questionnaire. Ia memberi peluang kepada penyelidik untuk mendapatkan idea dan maklumat daripada responden serta memberi maklumat lanjut berbandang alat pengumpulan data yang lain. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu berstruktur dan semi-struktur. Walau apa pendekatan yang digunakan (alat pengumpulan data yang digunakan) pastikan alat tersebut padan dengan tujuan kajian (fit for the purpose). Untuk mencatat nota, memang agak sukar untuk menyalin setiap butir perkataan, jadi pastikan anda merakam temubual dan kemudian buat catatan.

Beberapa perkara asas yang perlu dipastikan adalah:

a) pastikan temubual dijalankan ditempat yang senyap dan selesa
b) uji semua peralatan rakaman sebelum temubual dijalankan serta sediakan bateri tambahan atau punca kuasa
c) terangkan tujuan temubual dijalankan dan pastikan individu yang akan ditemubual berasa relaks
d) cuba elakkan bertanya soalan yang berbaur bias

Penganalisisan data

Dalam penganalisisan data, ia memerlukan anda mengkaji data iaitu ia melibatkan mencari trend, kejadian, rekabentuk serta tema (Macintyre, 2000: 91). Menurut Brown and Dowling (1998: 80), analisis data merupakan tahap yang penting dan perlu dibuat dengan jelas. Freeman (1998: 96) telah mengenalpasti 4 aktiviti yang perlu dalam analisis iaitu:
  • menamakan
  • mengkelompokkan
  • mencari hubungkait
  • memaparkan
6. Etika kajian tindakan

Garis panduan etika haruslah dipatuhi ketika menggunakan alat pengumpulan data untuk mengumpul data. Jika anda belajar untuk kelayakan akademik, institusi anda haruslah mempunyai set garis panduan etika yang kebiasaannya di paparkan di laman web. Pastikan anda membiasakan diri dengan garis panduan etika serta panduan yang di bina oleh British Educational Research Association (BERA).

Sebagai seorang yang menjalankan kajian tindakan, kajian anda tidak boleh dipisahkan dengan educational setting anda. Jadi, adalah berbaloi anda menyatakan kegagalan bekerja dalam prosedur umum dalam sesebuah organisasi bukan sahaja memburukkan lagi proses peningkatan tetapi mewujudkan satu kerja yang bernilai (Hopkins, 2002: 195).

Selalunya, rangka projek (tujuan sesuatu kajian dijalankan) akan diberikan kepada peserta untuk mendapatkan kebenaran daripada individuu yang mengambil bahagian. Jika kajian melibatkan kanak-kanak, maka kebenaran ibubapa diperlukan. Sebagai tambahan, ada polisi yang perlu dipatuhi seperti penggunaan peralatan perakam dan fotografi di sekolah. Adalah penting identiti sebenar peserta dirahsiakan dan hak peribadi dihormati. Selain itu, anda tidak boleh memaksa peserta kerana peserta mempunyai hak untuk menarik diri pada bila-bila masa.

7. Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan adalah lanjutan kepada ujian ataupun prosedur yang menghasilkan keputusan yang sama dibawah keadaan yang konsisten dalam semua kejadian (Bell, 1999:103)
Dalam erti kata lain, dalam pengumpulan sesuatu data, kaedah yang digunakan haruslah boleh dipercayai yang mana kita akan menjangkakan ia akan memberikan keputusan yang sama walaupun diukur pada tempoh waktu yang berbeza seperti hari ini, semalam ataupun esok.
Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada fakta dimana aspek yang hendak diukur tidak berubah dan kajian kualitatif yang tidak dijamin. Sebagai contoh, anda berhasrat untuk mengumpul data berkaitan dengan tingkahlaku pelajar dalam bilik darjah seperti maklumat mengenai perlakuan yang spesifik. Tetapi, perlakuan ini mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah individu itu sendiri, perubahan dalam persekitaran, dinamik interpersonal dan sebagainya. Maka, adalah amat penting anda perlu jelas tentang apa yang anda ukur atau apa yang perlu anda tahu dalam menaksir kebolehpercayaan alat pengumpulan data dan pembolehubah yang memberi kesan kepada kajian anda.

Kesahan

Kesahan adalah lebih kompleks daripada kebolehpercayaan dimana ia memberitahu kita samada data yang telah diperoleh daripada alat pengumpulan data mengumpul atau mengukur maklumat yang dikehendaki. Sebagai contoh, seorang penyelidik boleh bertanya soalan yang boleh dipercayai tetapi tidak semestinya soalan tersebut sah dalam terma maklumat yang dicari atau dikehendaki. Gray (2004) memberi contoh yang dikemukakan oleh McBurney (1998) yang mencadangkan ukuran saiz topi menentukan kepintaran seseorang. Anda boleh menggunakan alat pengukuran yang boleh dipercayai (reliable) dan mendapat keputusan yang boleh dipercayai (reliable) berkaitan dengan saiz topi tetapi pengukuran tersebut tidak sah (not valid) sebab saiz topi tidak mempunyai kaitan dengan aspek yang diukur iaitu kepintaran.

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai digunakan untuk bahan bacaan untuk memahami apa itu kajian tindakan secara umum. Ini kerana maklumat yang diberikan adalah secara luaran sahaja dan tidak detail. Walaubagaimanapun buku ini turut menyediakan cara untuk menulis laporan kajian tidakan yang dijalankan selain memberi maklumat mengenai sorotan literatur.

0 comments: