CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 26, 2009

Ulasan Artikel Jurnal

Membanding beza

Sampel kajian tindakan
Artikel 1: pelajar pasca siswazah kejururawatan
Artikel 2: 5 orang guru dan 6 orang penyelidik
Artikel 3: 20 orang guru sains dari 6 sekolah tinggi junior tempatan

Setting kajian tindakan
Artikel 1: di dalam bilik darjah
Artikel 2: Scientific Humanist High School
Artikel 3: dalam bilik darjah

Prosedur
Artikel 1:

Kajian ini menggunakan pendekatan yang dijelaskan oleh Rolfe (1998) iaitu:

penilaian->pemahaman->tindakan

Kajian ini melibatkan tiga kitaran dimana setiap kitaran bermula dengan penilaian kendiri terhadap pengajaran dan malumbalas daripada penilai kursus. Melalui penilaian dan maklumbalas, pemahaman terhadap masalah yang dihadapi akan lebih jelas lagi. Kemudian, data akan dikumpul daripada pelbagai sumber untuk memahami masalah dengan lebih lanjut dan seterusnya merancang untuk melaksanakan tindakan selanjutnya. Tindakan yang dilakukan adalah dengan melakukan sorotan literatur dalam merangka strategi pengajaran yang sesuai untuk kaedah kuliah

Dalam kitar yang seterusnya, sebagai tambahan dalam penilaian pengajaran, penilaian daripada pelajar akan diambil kira. Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan pertama akan melengkapkan borang soal selidik dan kumpulan kedua akan terlibat dalam forum perbincangan bersama dengan pengkaji. Kemudian pengkaji memahami masalah yang ada dan seterusnya bertindak membuat sorotan literatur untuk merangka strategi pengajaran.

Artikel 2:
Kajian yang dilakukan mengambil masa selama 3 tahun yang melibatkan kitaran
merancang->melaksanakan-> pemerhatian->membuat refleksi

Tahun 1
Merancang: membincangkan masalah yang harus diselesaikan dalam mesyuarat


Artikel 3:

Kajian yang dijalankan adalah secara kolaboratif yang melibatkan sampel sebanyak 20 orang guru sains. Sampel dibahagikan kepada 4 sub kumpulan dan kajian dijalankan selama 3 tahun.
Terdapat 3 peringkat di dalam kajian ini dan setiap peringkat dilaksanakan berdasarkan tahun.
  • persediaan/penerokaan (tahun pertama)
  • lanjutan/penghuraian (tahun kedua)
  • memperkenalkan/melancarkan (tahun ketiga)
Setiap sub kumpulan akan melengkapkan kitar yang terdiri daripada:
merancang->merekabentuk->percubaan pengajaran->membuat rujukan

Dalam tahun pertama, kitar 1 akan dilakukan oleh setiap sub kumpulan dimana:

Perancangan:
Guru akan merancang modul pengajaran dengan mendapatkan maklumat daripada pelajar dari kelas mereka sendiri. Maklumat diperoleh daripada penerokaan, perbincangan, cadangan serta rundingan. Selepas membuat draf yang pertama, modul akan dibentangkan di dalam mesyuarat kumpulan yang besar dan penambahbaikan akan dilakukan. Melalui mesyuarat ini juga, hasil kerja guru akan diulas oleh rakan sekerja dan penyelidik sains. Ini memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran

Mereka bentuk:
Modul pengajaran yang telah siap akan dinilai oleh pakar dari luar untuk menilai kualiti dan kesesuaian modul tersebut sebelum diaplikasikan dalam bilik darjah.

Percubaan pengajaran:
Diakhir tahun pertama, modul pengajaran yang telah direka oleh setiap sub kumpulan akan didigunakan sebagai demonstrasi di dalam bilik darjah.

Rujukan:
Hasil daripada respons pelajar serta komen daripada guru sains yang lain dan penyelidik sains yang berada di dalam kelas tersebut akan digunakan untuk membuat penambahbaikan.

Prosedur kajian bagi tahun kedua dan ketiga adalah sama dengan prosedur yang dilakukan semasa di tahun pertama kecuali terdapat lebih pendekatan secara penghuraian dilakukan terhadap modul pengajaran selain usaha yang lebih untuk memperkenalkan modul kepada guru sains yang tidak terlibat dalam kajian ini.

Pengumpulan data

Artikel 1:
Dalam artikel ini, data dikumpul melalui penilaian kendiri yang dilakukan, maklumbalas daripada penilai kursus dan hasil daripada borang soal selidik yang telah dilengkapkan oleh pelajar serta hasil daripada sesi forum perbincangan bersama dengan pelajar. Selain itu diari refleksi dan review rancangan pengajaran harian turut digunakan dalam pengumpulan data

Artikel 2:
Dalam kajian ini data dikumpul melalui pemerhatian peserta oleh penyelidik sendiri, temubual, penilaian yang dilakukan oleh pelajar, seminar kajian tindakan yang dihadiri, nota lapangan, catatan harian guru, bukti dokumen, slide, gambar, serta rakaman audio dan video

Artikel 3:
Dalam kajian ini, pengumpulan data menggunakan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu nota lapangan, temubual, pemerhatian, rakaman video, rakaman audio, analisis dokumen, tinjauan terhadap pendapat pelajar dan guru. Kesemua instrumen digunakan untuk melihat keberkesanan modul pengajaran serta perkembangan kepakaran guru.

Analisis data:

Artikel 1:
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah "content analysis" yang ringkas untuk mendapatkan tema kepada masalah. Data analisis dihuraikan dalam bentuk jadual.

Artikel 2:
Data yang telah dikumpul dianalisis dan dipamerkan dalam bentuk diagram, carta dan jadual

Artikel 3:
Data yang telah dikumpul akan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Data yang telah dianalisis akan dihuraikan menggunakan teknik penceritaan melalui pemerhatian yang telah dijalankan

0 comments: