CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 30, 2009

Nota Kelas Pn Sakinah (Pengumpulan Data)

Terdapat pelbagai teknik untuk pengumpulan data. Walau menggunakan teknik yang baik, tapi ianya tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian. Penyelidikan juga tidak akan menjadi jika tidak dilakukan dengan sempurna. Maka, kita perlulah berusaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan yang dilakukan

Terdapat 3 sebab perlu mencapai kualiti yang tinggi:

  • tanggungjawab kepada pelajar
  • keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
  • keperluan membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan
Kriteria Kualiti:
Terdapat 2 rukun iaitu kesahan dan kebolehpercayaan dan kedua-duanya adalah kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

Kesahan
  • merujuk kepada kebenaran data
  • dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena kursus yang dikaji
Kebolehpercayaan
  • berkaitan dengan ketepatan data
  • masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
  • untuk penambahbaikan, kita perlu tanya:
  • -adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
  • -bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?
Terdapat 5 tahap penyelidikan tindakan:

Tahap 1: Kenalpasti Masalah
Tahap 2: Perancangan Tindakan
Tahap 3: Mengumpul Data
Tahap 4: Analisis Data
Tahap 5: Perancangan untuk Tindakan Seterusnya

Mengumpul data
  • Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
  • Bagaimana hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif
Alat pengumpulan data
  1. Pemerhatian (video tape)
  2. Nota guru dan komen
  3. Kerja pelajar
  4. Refleksi pelajar dan kerja pelajar
  5. Jurnal pelajar
  6. Ujian
  7. Tindakan soal selidik
  8. Temubual (audiotape)
Tugasan:
Kemaskini kertas cadangan yang telah dibuat terutama bahagian pengumpulan data



Nota Kelas Minggu 6 (26 Mei 2009) (Hjh Halimah Harun)

Aktiviti 1:
Kami dikehendaki menjawab soalan berikut diatas sehelai kertas A4.

  • Nama dan no matrik
  • Major dan Minor
  • Alamat tetap
  • Status diri
  • Kenapa menjadi guru
  • Siapa guru yang disukai dan nyatakan sebab
  • Siapa guru yang tidak disukai dan nyatakan sebab
  • Apakah tugas guru
Selesai menjawab soalan, kami dikehendaki melukis gambar pokok dan letakkan tandatangan dan tarikh lahir pada gambar pokok tersebut

Aktiviti 2:
Secara berpasangan, kami dikehendaki melaporkan satu tajuk yang dibentangkan semasa Seminar Serantau. Saya dan pasangan saya, Noraini Merah Husin telah memilih tajuk
  • Pemberian tugas membuat peta pikiran untuk meningkatkan prestasi belajar siswa pada pokok bahasan Termokimia di kelas XI SMA Negeri 12 Pekanbaru
  • Dibentangkan oleh Abdullah
  • Pada Sesi Selari 1D di Sri Mahang
Laporan berdasarkan:
  • Kenapa?-pelajar menghadapi masalah memahami topik Termokimia
  • Apa?-dengan mengaplikasikan teknik peta pikiran (peta minda) dalam topik Termokimia menggunakan kaedah Buzan
  • Bagaimana?-Pelajar dibahagikan kepada 2 sampel iaitu kawalan dan eksperimen.Untuk kawalan, pelajar diajar seperti biasa dan diakhir kelas tidak perlu membuat peta pikiran. Untuk eksperimen, pelajar diajar seperti biasa dan diakhir kelas pelajar disuruh membuat peta pikiran untuk melihat pemahaman mereka.
Selepas beberapa kumpulan melaporkan tajuk mereka, Hjh Halimah menerangkan bahawa tidak semua tajuk yang dibentangkan adalah kajian tindakan. Saya mendapati tajuk yang saya pilih adalah satu kajian eksperimental.

Aktiviti 3:
Kami dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli yang berlainan jantina, kaum dan major.Ahli kumpulan kami:
  1. Azwani binti Ariff
  2. Fadilah binti Mahabob
  3. Mohd Fa'izi bin Basar
  4. Noraini binti Merah Husin
  5. Zatul Himmah binti Samsudin
Tajuk kertas cadangan kami:
Meningkatkan penglibatan pelajar lelaki Melayu dalam sukan bola keranjang dengan menggunakan kaedah 3 on 3

Tuesday, May 26, 2009

Ulasan Artikel Jurnal

Membanding beza

Sampel kajian tindakan
Artikel 1: pelajar pasca siswazah kejururawatan
Artikel 2: 5 orang guru dan 6 orang penyelidik
Artikel 3: 20 orang guru sains dari 6 sekolah tinggi junior tempatan

Setting kajian tindakan
Artikel 1: di dalam bilik darjah
Artikel 2: Scientific Humanist High School
Artikel 3: dalam bilik darjah

Prosedur
Artikel 1:

Kajian ini menggunakan pendekatan yang dijelaskan oleh Rolfe (1998) iaitu:

penilaian->pemahaman->tindakan

Kajian ini melibatkan tiga kitaran dimana setiap kitaran bermula dengan penilaian kendiri terhadap pengajaran dan malumbalas daripada penilai kursus. Melalui penilaian dan maklumbalas, pemahaman terhadap masalah yang dihadapi akan lebih jelas lagi. Kemudian, data akan dikumpul daripada pelbagai sumber untuk memahami masalah dengan lebih lanjut dan seterusnya merancang untuk melaksanakan tindakan selanjutnya. Tindakan yang dilakukan adalah dengan melakukan sorotan literatur dalam merangka strategi pengajaran yang sesuai untuk kaedah kuliah

Dalam kitar yang seterusnya, sebagai tambahan dalam penilaian pengajaran, penilaian daripada pelajar akan diambil kira. Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan pertama akan melengkapkan borang soal selidik dan kumpulan kedua akan terlibat dalam forum perbincangan bersama dengan pengkaji. Kemudian pengkaji memahami masalah yang ada dan seterusnya bertindak membuat sorotan literatur untuk merangka strategi pengajaran.

Artikel 2:
Kajian yang dilakukan mengambil masa selama 3 tahun yang melibatkan kitaran
merancang->melaksanakan-> pemerhatian->membuat refleksi

Tahun 1
Merancang: membincangkan masalah yang harus diselesaikan dalam mesyuarat


Artikel 3:

Kajian yang dijalankan adalah secara kolaboratif yang melibatkan sampel sebanyak 20 orang guru sains. Sampel dibahagikan kepada 4 sub kumpulan dan kajian dijalankan selama 3 tahun.
Terdapat 3 peringkat di dalam kajian ini dan setiap peringkat dilaksanakan berdasarkan tahun.
  • persediaan/penerokaan (tahun pertama)
  • lanjutan/penghuraian (tahun kedua)
  • memperkenalkan/melancarkan (tahun ketiga)
Setiap sub kumpulan akan melengkapkan kitar yang terdiri daripada:
merancang->merekabentuk->percubaan pengajaran->membuat rujukan

Dalam tahun pertama, kitar 1 akan dilakukan oleh setiap sub kumpulan dimana:

Perancangan:
Guru akan merancang modul pengajaran dengan mendapatkan maklumat daripada pelajar dari kelas mereka sendiri. Maklumat diperoleh daripada penerokaan, perbincangan, cadangan serta rundingan. Selepas membuat draf yang pertama, modul akan dibentangkan di dalam mesyuarat kumpulan yang besar dan penambahbaikan akan dilakukan. Melalui mesyuarat ini juga, hasil kerja guru akan diulas oleh rakan sekerja dan penyelidik sains. Ini memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran

Mereka bentuk:
Modul pengajaran yang telah siap akan dinilai oleh pakar dari luar untuk menilai kualiti dan kesesuaian modul tersebut sebelum diaplikasikan dalam bilik darjah.

Percubaan pengajaran:
Diakhir tahun pertama, modul pengajaran yang telah direka oleh setiap sub kumpulan akan didigunakan sebagai demonstrasi di dalam bilik darjah.

Rujukan:
Hasil daripada respons pelajar serta komen daripada guru sains yang lain dan penyelidik sains yang berada di dalam kelas tersebut akan digunakan untuk membuat penambahbaikan.

Prosedur kajian bagi tahun kedua dan ketiga adalah sama dengan prosedur yang dilakukan semasa di tahun pertama kecuali terdapat lebih pendekatan secara penghuraian dilakukan terhadap modul pengajaran selain usaha yang lebih untuk memperkenalkan modul kepada guru sains yang tidak terlibat dalam kajian ini.

Pengumpulan data

Artikel 1:
Dalam artikel ini, data dikumpul melalui penilaian kendiri yang dilakukan, maklumbalas daripada penilai kursus dan hasil daripada borang soal selidik yang telah dilengkapkan oleh pelajar serta hasil daripada sesi forum perbincangan bersama dengan pelajar. Selain itu diari refleksi dan review rancangan pengajaran harian turut digunakan dalam pengumpulan data

Artikel 2:
Dalam kajian ini data dikumpul melalui pemerhatian peserta oleh penyelidik sendiri, temubual, penilaian yang dilakukan oleh pelajar, seminar kajian tindakan yang dihadiri, nota lapangan, catatan harian guru, bukti dokumen, slide, gambar, serta rakaman audio dan video

Artikel 3:
Dalam kajian ini, pengumpulan data menggunakan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu nota lapangan, temubual, pemerhatian, rakaman video, rakaman audio, analisis dokumen, tinjauan terhadap pendapat pelajar dan guru. Kesemua instrumen digunakan untuk melihat keberkesanan modul pengajaran serta perkembangan kepakaran guru.

Analisis data:

Artikel 1:
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah "content analysis" yang ringkas untuk mendapatkan tema kepada masalah. Data analisis dihuraikan dalam bentuk jadual.

Artikel 2:
Data yang telah dikumpul dianalisis dan dipamerkan dalam bentuk diagram, carta dan jadual

Artikel 3:
Data yang telah dikumpul akan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Data yang telah dianalisis akan dihuraikan menggunakan teknik penceritaan melalui pemerhatian yang telah dijalankan

Sunday, May 24, 2009

Tugasan 2: Perbandingan Artikel Jurnal

Artikel 1:
A Novice Teacher's Reflection on Lecturing As A Teaching Strategy: Covering the content or uncovering the meaning

Artikel 2:
Towards Teacher's Professional Autonomy Through Action Research

Artikel 3
Action Research Aiming At Improving High School Science Teacher's Teaching Proficiencies through the Development of Instructional Modules.

Saturday, May 23, 2009

Ulasan buku

1. Konsep kajian tindakan

  • Buku ini menerangkan konsep kajian tindakan berdasarkan Cohen (2000) iaitu kajian tindakan merupakan alat yang mampu untuk membuat perubahan dan peningkatan dari satu tahap yang rendah ke tahap yang lebih tinggi
  • Kajian tindakan adalah sangat praktikal, mempunyai kitaran, dan sebagai penyelesai masalah.
  • Kebiasaannya, individu yang membuat kajian tindakan adalah terdiri daripada golongan professional yang membuat kajian tindakan sebagai cara untuk mencari maklumat dan melakukan perubahan terhadap amalan professional mereka sendiri (Gray, 2004).
  • Selain itu, kajian tindakan ini sangat berguna kerana ia dapat meningkatkan perkembangan professional, kesedaran terhadap perkitaran tempat kerja, motivasi serta keperluan membuat refleksi.
  • Kesannya, model kajian tindakan adalah multi aplikasi dan boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuklah individu ataupun berkumpulan, dilaksanakan di dalam bilik darjah, sekolah ataupun sekolah kluster.
2. Kenapa guru perlu membuat kajian tindakan?
Terdapat 3 sebab mengapa guru perlu membuat kajian tindakan dibincangkan dalam buku ini iaitu:

i. Untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
Setiap pengamal berperanan untuk meningkatkan standard dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jadi, tenaga pengajar (guru) dan staf sokongan berkolaboratif untuk menjalankan kajian berasaskan bukti yang berpotensi untuk memberi impak yang positif dalam jangka masa panjang terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

ii. Untuk menghasilkan teori yang baru
Tujuan kajian tindakan dilakukan bukanlah sekadar untuk memberi fokus kepada meningkatkan amalan dalam pendidikan tetapi menurut McNiff and Whitehead (2005), kajian tindakan juga berperanan dalam membolehkan guru untuk terlibat dalam penghasilan teori yang baru.

iii. Untuk membantu mengembangkan kemahiran pengamal

Selain menjadi alat untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori yang baru, proses penyelidikan juga merupakan satu alat yang tidak ternilai untuk perkembangan praktis reflektif. Konsep praktis reflektif di tempat kerja telah dilakukan oleh Schon (1983; 1987) dan Brockbank et al. (2002)

3. Rekabentuk kajian tindakan

Model
Dalam buku ini menggunakan model kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Lewin iaitu:

Merancang
  • Kenalpasti masalah yang ada serta peningkatan yang boleh dilakukan.
Melaksanakan
  • Pengumpulan data dijalankan yang melibatkan instrumen seperti temubual, pemerhatian, rakaman video serta analisis dokumen. Prinsip utama dalam memilih instrumen adalah ia mesti sesuai dengan tujuan kajian tindakan dilakukan
Memantau
  • Pemerhatian dan analisis data akan dilakukan
Membuat refleksi
  • Akhir sekali refleksi dan penilaian akan dilakukan terhadap perubahan yang telah dijalankan
Selesai membuat refleksi, kitar kajian tindakan telah lengkap tapi kitar ini mungkin berulang lagi dengan melakukan penambahbaikan terhadap proses kajian tindakan

Sampel/Participant

Buku ini tidak menerangkan dengan lebih jelas tentang sampel kajian tindakan tetapi hanya menerangkan secara umum dimana sampel/participant yang digunakan perlulah bersesuaian dengan fokus kajian yang dijalankan. Walaubagaimanapun, buku ini ada memberikan contoh sampel kajian tindakan. Dalam kajian tindakan Sandra dalam membantu perkembangan fizikal seoarang kanak-kanak, sampel kajian beliau adalah kanak-kanak yang kurang stamina dan tidak berminat dalam aktiviti fizikal.

Setting (kedudukan)

Selain memerlukan maklumat atau sumber serta peserta yang berkaitan dengan tujuan kajian tindakan dijalankan, kajian tindakan yang dijalankan haruslah boleh menghasilkan perubahan, maka projek yang dijalankan perlulah dijalankan dalam setting yang mudah di akses dan sesuai dengan fokus kajian tindakan. Namun buku ini tidak menerangkan dengan lebih terperinci tentang setting kajian tindakan.

4. Prosedur kajian tindakan

Konsep proses kajian tindakan yang diterapkan didalam buku ini adalah:
i. Kenalpasti bidang yang ingin dikaji serta apa yang ingin diubah
ii. Lakukan perubahan
iii. Lihat pada kesan perubahan
iv. Rancang semula/ubahsuai perubahan
v. Ulang semula
vi. Buat refleksi dan amalkan secara berterusan

5. Pengumpulan data dan penganalisisan data

Pengumpulan data

a) instrumen kajian

Pemilihan kaedah untuk pengumpulan data adalah pemilihan alat yang tepat untuk pengumpulan data kajian. Dalam sesuatu projek kajian tindakan, anda boleh menggunakan dua atau tiga kaedah yang berlainan contohnya questionnaire, temubual, atau pemerhatian. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan perakam video atau DVD, perakam audio, atau teknik mencatat nota dalam usaha untuk mendapatkan maklumat.

b) teknik pengumpulan data

Pemerhatian

Pemerhatian bukanlah sekadar melihat pada sesuatu dan mencatat fakta. Ia adalah lebih kombinasi yang kompleks antara deria rasa (lihat, dengar, sentuh, bau, dan rasa) dan persepsi (Gray, 2004: 238). Pemerhatian melibatkan sistematik, melihat perlakuan secara dekat, merakam perlakuan, dan yang paling penting adalah menganalis dan interpretasi apa yang dilihat.

Questionnaire

Questionnaire mengandungi set soalan dimana individu dikehendaki menjawab soalan yang telah ditentukan terlebih dahulu. Ia merupakan salah satu antara alat pengumpulan data yang digemari. Untuk membina set soalan, antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah:

a) adakah soalan tersebut jelas?
b) adakah soalan menggunakan bahasa yang sesuai dengan responden?

Apa yang penting adalah cuba elakkan menggunakan bahasa yang prejudis ataupun yang mempunyai kaitan dengan jantina, kaum ataupun kekurangupayaan.

Temubual

Kaedah temubual merupakan kaedah yang lebih fleksibel daripada questionnaire. Ia memberi peluang kepada penyelidik untuk mendapatkan idea dan maklumat daripada responden serta memberi maklumat lanjut berbandang alat pengumpulan data yang lain. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu berstruktur dan semi-struktur. Walau apa pendekatan yang digunakan (alat pengumpulan data yang digunakan) pastikan alat tersebut padan dengan tujuan kajian (fit for the purpose). Untuk mencatat nota, memang agak sukar untuk menyalin setiap butir perkataan, jadi pastikan anda merakam temubual dan kemudian buat catatan.

Beberapa perkara asas yang perlu dipastikan adalah:

a) pastikan temubual dijalankan ditempat yang senyap dan selesa
b) uji semua peralatan rakaman sebelum temubual dijalankan serta sediakan bateri tambahan atau punca kuasa
c) terangkan tujuan temubual dijalankan dan pastikan individu yang akan ditemubual berasa relaks
d) cuba elakkan bertanya soalan yang berbaur bias

Penganalisisan data

Dalam penganalisisan data, ia memerlukan anda mengkaji data iaitu ia melibatkan mencari trend, kejadian, rekabentuk serta tema (Macintyre, 2000: 91). Menurut Brown and Dowling (1998: 80), analisis data merupakan tahap yang penting dan perlu dibuat dengan jelas. Freeman (1998: 96) telah mengenalpasti 4 aktiviti yang perlu dalam analisis iaitu:
  • menamakan
  • mengkelompokkan
  • mencari hubungkait
  • memaparkan
6. Etika kajian tindakan

Garis panduan etika haruslah dipatuhi ketika menggunakan alat pengumpulan data untuk mengumpul data. Jika anda belajar untuk kelayakan akademik, institusi anda haruslah mempunyai set garis panduan etika yang kebiasaannya di paparkan di laman web. Pastikan anda membiasakan diri dengan garis panduan etika serta panduan yang di bina oleh British Educational Research Association (BERA).

Sebagai seorang yang menjalankan kajian tindakan, kajian anda tidak boleh dipisahkan dengan educational setting anda. Jadi, adalah berbaloi anda menyatakan kegagalan bekerja dalam prosedur umum dalam sesebuah organisasi bukan sahaja memburukkan lagi proses peningkatan tetapi mewujudkan satu kerja yang bernilai (Hopkins, 2002: 195).

Selalunya, rangka projek (tujuan sesuatu kajian dijalankan) akan diberikan kepada peserta untuk mendapatkan kebenaran daripada individuu yang mengambil bahagian. Jika kajian melibatkan kanak-kanak, maka kebenaran ibubapa diperlukan. Sebagai tambahan, ada polisi yang perlu dipatuhi seperti penggunaan peralatan perakam dan fotografi di sekolah. Adalah penting identiti sebenar peserta dirahsiakan dan hak peribadi dihormati. Selain itu, anda tidak boleh memaksa peserta kerana peserta mempunyai hak untuk menarik diri pada bila-bila masa.

7. Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan adalah lanjutan kepada ujian ataupun prosedur yang menghasilkan keputusan yang sama dibawah keadaan yang konsisten dalam semua kejadian (Bell, 1999:103)
Dalam erti kata lain, dalam pengumpulan sesuatu data, kaedah yang digunakan haruslah boleh dipercayai yang mana kita akan menjangkakan ia akan memberikan keputusan yang sama walaupun diukur pada tempoh waktu yang berbeza seperti hari ini, semalam ataupun esok.
Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada fakta dimana aspek yang hendak diukur tidak berubah dan kajian kualitatif yang tidak dijamin. Sebagai contoh, anda berhasrat untuk mengumpul data berkaitan dengan tingkahlaku pelajar dalam bilik darjah seperti maklumat mengenai perlakuan yang spesifik. Tetapi, perlakuan ini mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah individu itu sendiri, perubahan dalam persekitaran, dinamik interpersonal dan sebagainya. Maka, adalah amat penting anda perlu jelas tentang apa yang anda ukur atau apa yang perlu anda tahu dalam menaksir kebolehpercayaan alat pengumpulan data dan pembolehubah yang memberi kesan kepada kajian anda.

Kesahan

Kesahan adalah lebih kompleks daripada kebolehpercayaan dimana ia memberitahu kita samada data yang telah diperoleh daripada alat pengumpulan data mengumpul atau mengukur maklumat yang dikehendaki. Sebagai contoh, seorang penyelidik boleh bertanya soalan yang boleh dipercayai tetapi tidak semestinya soalan tersebut sah dalam terma maklumat yang dicari atau dikehendaki. Gray (2004) memberi contoh yang dikemukakan oleh McBurney (1998) yang mencadangkan ukuran saiz topi menentukan kepintaran seseorang. Anda boleh menggunakan alat pengukuran yang boleh dipercayai (reliable) dan mendapat keputusan yang boleh dipercayai (reliable) berkaitan dengan saiz topi tetapi pengukuran tersebut tidak sah (not valid) sebab saiz topi tidak mempunyai kaitan dengan aspek yang diukur iaitu kepintaran.

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai digunakan untuk bahan bacaan untuk memahami apa itu kajian tindakan secara umum. Ini kerana maklumat yang diberikan adalah secara luaran sahaja dan tidak detail. Walaubagaimanapun buku ini turut menyediakan cara untuk menulis laporan kajian tidakan yang dijalankan selain memberi maklumat mengenai sorotan literatur.

Monday, May 11, 2009

Nota Kelas Minggu 4 (11 Mei 2009)

Untuk menilai samada sesuatu strategi yang telah dilaksanakan berkesan atau tidak, kajian ekperimental (ujian keberkesanan) boleh dilakukan. Kajian eksperimental adalah bersifat kuantitatif dan boleh dijalankan dengan menggunakan T-test atau ANOVA.

Kajian Tinjauan @ Survey

kajian ini dilakukan untuk mendapatkan input awal atau keperluan awal sebelum menjalankan intervensi. Ia boleh dilakukan dengaan cara membuat bacaan kajian sebelumnya untuk mengurangkan kesilapan atau membuat penambahbaikan

Literature Review (Sorotan Literatur)

Sorotan literatur boleh dibuat untuk setiap langkah dalam kajian tindakan. Sorotan literatur boleh dibuat dengan menggunakan sorotan literatur orang lain atau daripada seminar
Contohnya:
Planning (rancang): sorotan literatur boleh dibuat dengan membaca kajian orang lain
Action (tindakan): boleh dibandingkan dengan teori

Menurut Johnson (2005), langkah-langkah dalam kajian tindakan adalah dalam bentuk bulatan (circle).

Kajian Kepustakaan

-sorotan keatas bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan.
-dilakukan secara kritikal atas poin-poin yang dikemukakan
-perlukan kemahiran berfikir aras tinggi

  • membandingkan
  • menganalisis
  • membuat kesimpulan
  • menilai
  • mensintesis
Membanding beza

-mencari persamaan atau perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti, dan unsur sesuatu objek atau peristiwa
-digunakan bila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan dan apabila ketika membuat pilihan atau keputusan

Langkah penggunaan:
1. tumpu pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data).
2. kenalpasti ciri kajian tindakan itu.
3. tentukan samada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama

Menganalisis

-mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna tersirat
-untuk mengenali bahagian-bahagian, mamahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat

Menilai

-membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti dan dalil yang sah
-kemahiran ini digunakan untuk buat keputusan bagi:
  • memilih sesuatu
  • menerima atau menolak sesuatu idea
Membuat kesimpulan

-membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
-dilakukan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan

Mensintesiskan

menggabungkan idea, unsur, item, dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan atau artikel.

Friday, May 8, 2009

Nota Kelas Minggu 3 (4 Mei 2009) (Dr Mohd Izham B.Mohd Hamzah)

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan

Perubahan sentiasa berlaku dalam pendidikan. Kadang-kala perubahan yang berlaku akan menwujudkan ketidakpastian dan ketidakpastian ini mesti dielakkan.

Jenis Perubahan

Menurut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan iaitu:

1. Perubahan Ke Arah Peningkatan (Enhancement)
-perubahan yang memberi kesan kepada komponen tertentu dalam organisasi tertentu contohnya mewujudkan jawatan baru atau memperkenalkan teknologi baru.

2. Perubahan Strategik Organisasi
-peubahan yang melibatkan keseluruhan organisasi seperti pembentukan semula misi, mendefinisikan semula staf dari segi tugas dan tanggungjawab

3. Perubahan Reaktif
-perubahan yang berlaku disebabkan adanya tuntutan daripada pelanggan atau pihak yang berkepentingan.Contohnya perubahan dari segi prosedur dan cara layanan terhadap pelanggan

4. Perubahan Akibat Dari Jangkaan
-perubahan yang berlaku bukan disebabkan oleh permintaan atau desakan tetapi disebabkan oleh kesedaran pengurusan terhadap kepentingan organisasi

Perubahan adalah Kompleks (Rumit)

Perubahan dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi

Evolusi: perubahan yang menghasilakn kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
Revolusi: menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo. merupakan perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasakan

Kompleksiti atau kerumitan perubahan adalah fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakann yang perlu diambil untuk melaksanakan perubahan

Perubahan Itu Multidemensi

Terdapat 6 dimensi dalam perubahan

1.Tujuan perubahan

2. Unit perubahan yang merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang. Unit perubahan terdiri daripada

  • individu
  • kumpulan/pasukan
  • jabatan
  • organisasi
  • sisttem organisasi
  • komuniti
Unit perubahan berganjak dari inividu (kecil) kepada organisasi (besar)

3. Sifat perubahan
untuk mengubah unit yang besar, perlu bermula dengan unit yang kecil dahulu

4. Magnitud perubahan
merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dirancang akan dilaksanakan

5. Skop perubahan
-skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dalam perubahan dengan menggunakan instrumen penilaian. Contohnya interview, analisis dokumen.

6. Jangkamasa perubahan
-perubahan yang memberi kesan yang berkekalan merupakan perubahan yang berjaya

Model-model Perubahan

1. Model Penggabungan Roger
proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti. Roger mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan tetapi boleh terhasil melalui amalan praktikal dimana pengamal mencari jalan penyelesaian kepada masalah

2. Model Kanter
Struktur inovasi lebih mudah difahami sekiranya dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Terdapat 4 tugas utama iaitu:
  • Penjanaan idea
  • Membina idea
  • Realisasi idea
  • Pemindahan idea
3. Model Rand
Model berasaskan kajian Rand Corp. Tujuan kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan. Proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:
  • Daya usaha
  • implementasi
  • penggabungan
4. Model ACOT (Apple Classroom of Tomorrow)
memperkenalkan komputer dalam bilik darjah
Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam P&P
  • kemasukan (entry)
  • memilih (adoption)
  • menyesuaikan (adaptation)
  • penggunaan (appropriation)
  • merekacipta (invention)
KERJA KUMPULAN:NYATAKAN 8 SEBAB MENGAPA ORANG MENENTANG PERUBAHAN &BINCANGKAN CARA PENYELESAIANNYA

Sebab-sebab:
  • Sikap konvensional
  • Selesa dengan keadaan semasa
  • Prosedur birokrasi yang mengambil masa yang panjang
  • Persekitaran yang tidak sepadan dengan perubahan
  • Tidak mendapat sokongan daripada pihak atasan
  • Kekurangan peralatan
  • Pendedahan pengetahuan yang sempit
  • Kekurangan keyakinan diri
Cara penyelesaian:
  • Mempunyai sikap terbuka
  • Kerjasama di antara pihak pentadbir dan pihak pendidik
  • Melengkapkan diri dengan ilmu terkini
  • Bersedia untuk menerima sesuatu yang baru
  • Kelengkapan peralatan yang sesuai
Ahli Kumpulan:
Fadilah Mahabob
Lim Siew Yee
Zatul Himmah Samsudin

Sunday, May 3, 2009

Tajuk Ulasan Buku

Ini adalah buku yang telah saya pilih untuk tugasan ulasan buku.

  • Nama Pengarang: Claire Taylor, Min Wilkie, and Judith Baser
  • Tahun terbitan: 2006
  • Tajuk buku: Doing Action Research A Guide for Scholl Support Staff
  • Negeri Penerbit: London
  • Nama Penerbit: Paul Chapman Publishing