CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 29, 2009

Nota Kelas Minggu 2 (27 April 2009)

Rekabentuk Kajian Tindakan

Pada minggu ni kami belajar tentang rekabentuk kajian tindakan. Terdapat 2 tujuan rekabentuk kajian tindakan iaitu projek teras dan projek akademik dan ilmiah.

  1. Projek Teras (untuk melaporkan hasil kepada organisasi) melibatkan langkah-langkah:
  • merancang
  • bertindak
  • pemerhatian
  • refleksi
2. Projek Akademik dan Ilmiah melibatkan langkah-langkah:
  • Bab 1 dan 2 : Kajian kepustakaan
  • Bab 3 : Pengumpulan data
  • Bab 4 : Analisis data
  • Bab 5 : Sumbangan kepada pendidikan
Terdapat pelbagai rekabentuk kitaran kajian tindakan. Ada yang bermula dengan:

Cycle 1: Plan, Act, Observe, Reflect
Cycle 2: Revised plan, Action, Observe, Reflect

Ada juga yang bermula dengan reflect, plan, act, observe, dan kitar akan berulang semula.

Aktiviti 1:

Selepas mengikuti Program BIG 2, penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah terhadap pengurusan masa saya. Matlamat saya adalah saya boleh menguruskan masa dengan efektif. Objektif saya adalah saya boleh senaraikan aktiviti yang akan saya lakukan dan memastikan kerja-kerja saya siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelan Tindakan:

Langkah-langkah yang perlu diambil adalah merancang cara yang paling sesuai. Saya telah memikirkan cara membuat senarai kerja dan sertakan tempoh untuk disiapkan

Data boleh dikumpul melalui pembacaan buku-buku berbentuk motivasi

Untuk memantau apa yang dirancang dilaksanakan adalah dengan cara setiap kerja yang telah selesai saya akan tandakan untuk menunjukkan telah selesai

Saya menilai samada apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai dengan cara menilai hasil kerja samada menepati tempoh yang telah ditetapkan atau tidak.Jika kerja siap tapi tidak menepati tempoh yang ditetapkan maka saya harus membuat penambahbaikan terhadap strategi saya ini.

Aktiviti 2

Masalah yang dihadapi oleh pelajar: Kurang berminat dalam mempelajari topik sistem peredaran darah kerana topik tersebut sangat kompleks dan sukar difahami
Matlamat: Memupuk minat pelajar supaya memahami topik dengan lebih jelas
Objektif:Memastikan pelajar dapat menerangkan sistem peredaran darah dengan tepat dan jelas

Pelan Tindakan

  1. Menggunakan bahan bantu mengajar yang berkesan seperti video dan model sistem peredaran darah
  2. Mengaitkan topik dengan contoh yang berkaitan dengan kehidupan harian
  3. Memberi penerangan dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
Pemantauan

Untuk memastikan samada pelajar dapat memahami atau tidak topik yang diajar, guru akan menyoal pelajar sepanjang proses pembelajaran

Penilaian

Jika pelajar dapat menjawab soalan dengan betul serta boleh menerangkan proses peredaran darah bermakna pelajar dapat memahami topik tersebut tapi jika pelajar masih tidak dapat menjawab bermakna strategi tersebut tidak berkesan dan perlu melakukan penambahbaikan terhadap strategi tersebut

Friday, April 24, 2009

Nota Kelas Minggu 1 (20 April 2009)

1. Konsep Kajian Tindakan

Apa yang saya dapat dari kelas pertama kajian tindakan adalah kajian tindakan ini tergolong dalam penyelidikan pendidikan namun ia berbeza dengan penyelidikan pendidikan konvensional yang biasa dibuat. Penyelidikan bermaksud satu proses yang melibatkan langkah-langkah mengumpulkan data dan menganalisis data tersebut untuk meningkatkan kefahaman bagi sesuatu topik atau isu.

Kajian tindakan adalah berbentuk kualitatif dimana data mentah yang diperoleh adalah melalui proses melihat, mendengar dan membaca. Ia melibatkan empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memantau dan membuat refleksi dalam bentuk gelungan. Bermakna proses ini sentiasa berterusan.

Sebagai contoh, seorang guru membuat kajian mengenai strategi pengajaran yang digunakan kepada pelajar. Dengan membuat kajian tindakan, maka beliau kan selalu membuat pengubahsuaian terhadap strategi pengajarannya sehingga pelajar menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka.

2. Jenis Kajian Tindakan

Terdapat beberapa jenis kajian tindakan iaitu:

  • Individu: guru fokus kepada satu isu di dalam bilik darjah
  • Kolaboratif: melibatkan lebih daripada 2 individu contohnya guru dalam bidang yang sama, guru dari pelbagai subjek atau guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti. Mereka fokus kepada satu masalah atau isu dalam bilik darjah atau satu masalah yang sama tapi bilik darjah yang berbeza
  • Sekolah: guru fokus kepada masalah atau isu yang sama di peringkat sekolah
  • Daerah: guru fokus kepada masalah atau isu yang sama yang melibatkan beberapa sekolah dalam daerah yang sama
3. Contoh Kajian Tindakan

Contoh yang boleh diberikan adalah pelajar mengantuk di dalam kelas di waktu tengahari. Sebagai penyelesaian, guru akan cuba merancang untuk manjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara kooperatif. Selepas membuat perancangan, stategi tersebut akan dilaksanakan kepada pelajar. Guru akan memantau strtegi pembelajaran tersebut dengan melihat respons pelajar dan kemajuan pencapaian pelajar. Kemudian guru akan membuat refleksi samada strategi tersebut berkesan atau tidak. Jika kurang berkesan, guru akan membuat perancangan semula dengan melakukan pengubahsuaian sebagai penambahbaikan kemudian melaksanakan strategi tersebut, memantau dan membuat refleksi dan keempat-empat proses ini akan berulang sehinggalah strategi tersebut benar-benar berjaya.