CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 24, 2009

Nota Kelas Minggu 1 (20 April 2009)

1. Konsep Kajian Tindakan

Apa yang saya dapat dari kelas pertama kajian tindakan adalah kajian tindakan ini tergolong dalam penyelidikan pendidikan namun ia berbeza dengan penyelidikan pendidikan konvensional yang biasa dibuat. Penyelidikan bermaksud satu proses yang melibatkan langkah-langkah mengumpulkan data dan menganalisis data tersebut untuk meningkatkan kefahaman bagi sesuatu topik atau isu.

Kajian tindakan adalah berbentuk kualitatif dimana data mentah yang diperoleh adalah melalui proses melihat, mendengar dan membaca. Ia melibatkan empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memantau dan membuat refleksi dalam bentuk gelungan. Bermakna proses ini sentiasa berterusan.

Sebagai contoh, seorang guru membuat kajian mengenai strategi pengajaran yang digunakan kepada pelajar. Dengan membuat kajian tindakan, maka beliau kan selalu membuat pengubahsuaian terhadap strategi pengajarannya sehingga pelajar menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka.

2. Jenis Kajian Tindakan

Terdapat beberapa jenis kajian tindakan iaitu:

  • Individu: guru fokus kepada satu isu di dalam bilik darjah
  • Kolaboratif: melibatkan lebih daripada 2 individu contohnya guru dalam bidang yang sama, guru dari pelbagai subjek atau guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti. Mereka fokus kepada satu masalah atau isu dalam bilik darjah atau satu masalah yang sama tapi bilik darjah yang berbeza
  • Sekolah: guru fokus kepada masalah atau isu yang sama di peringkat sekolah
  • Daerah: guru fokus kepada masalah atau isu yang sama yang melibatkan beberapa sekolah dalam daerah yang sama
3. Contoh Kajian Tindakan

Contoh yang boleh diberikan adalah pelajar mengantuk di dalam kelas di waktu tengahari. Sebagai penyelesaian, guru akan cuba merancang untuk manjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara kooperatif. Selepas membuat perancangan, stategi tersebut akan dilaksanakan kepada pelajar. Guru akan memantau strtegi pembelajaran tersebut dengan melihat respons pelajar dan kemajuan pencapaian pelajar. Kemudian guru akan membuat refleksi samada strategi tersebut berkesan atau tidak. Jika kurang berkesan, guru akan membuat perancangan semula dengan melakukan pengubahsuaian sebagai penambahbaikan kemudian melaksanakan strategi tersebut, memantau dan membuat refleksi dan keempat-empat proses ini akan berulang sehinggalah strategi tersebut benar-benar berjaya.










0 comments: