CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 11, 2009

Nota Kelas Pn Sakinah (Analisis Data) 9 Jun 09

Analisis Data

  • proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis
  • data kuantitatif atau kualitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis
  • cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan dan buat anggaran.
Langkah analisis data kualitatif

Langkah Pertama
  • tgk secara lalu maklumbalas
  • ambil nota atas tema yang muncul, isu atau faktor yang kamu dengar
  • cari item yang berulang atau penting
Langkah Kedua
  • Pilih 3 atau 4 tema /kategori yang muncul dan bina matriks
  • cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
  • tempatkan tema kategori diatas dan senaraikan pelajar ditepinya
  • kamu mungkin guna warna kad untuk setiap kategori yang berlainan
Langkah Ketiga
  • jika boleh, bincang tinjauan dengan penyilidik lain
  • baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/kategori yang telah dikenal pasti
  • seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang kamu bina
Langkah Keempat
  • Tanya apa yang telah saya dapat
  • rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks
  • pola konsep
  • pola sikap
  • tulis /rekod pemerhatian bawah matriks dibawah carta matriks)
  • contoh: 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak)
  • takut sentiasa disebut beberapa kali
  • sokongan bacaan jurnal
Langkah Kelima
  • apakah kesimpulan yang boleh kita buat
  • rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan
Langkah Keenam
  • Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
tinjauan soal selidik /temubual/penilaian
semak semua persoalan kajian
bina modul/aktiviti
  • jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
  • apakah maklumat yang masih diperlukan
atas pelajar
atas kaedah
maklumat latar belakang untuk tajuk ini

Kegunaan data dalam Plan-Do-Study-Act cycle

Plan
  • nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
  • analisis dan kenalpasti tema utama
  • kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan
Do
  • kumpul data
  • buat kajian rintis untuk pastikan strategi pengukuran diperolehi
Study
  • analisis data yang telah dikumpul dan buat kesimpulan
Act
  • kenalpasti soalan tambahan
  • rancang untuk penambahbaikan berterusan
  • mengumpul data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan
  • kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki , tetapi tidak usah risau
  • dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan, dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya
Ringkasan Data Analisis
Panduan analisis data
  • rekabentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
  • cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  • cari tema dan pola
  • susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
  • masukkan semua data termasuklah yang tidak menyokong apa yang kita cari
  • baca dan baca data lebih daripada sekali
  • bina imej visual
  • tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
  • Let data speaks to you
Proses Analisis Data
  • analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  • cari tema dan pola
  • ringkaskan tema kepada 3-5 idea
  • lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
  • bina subtema jika perlu
  • simpan nota secara berterusan malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan kita
  • semak maklumat untuk mencari idea yang kerap atau dominan muncul
  • kenalpasti poin pertama
  • cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian



0 comments: