CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 1, 2009

Nota Kelas Minggu 7 (1 Jun 2009) (Hjh Halimah Harun)

Kumpulan yang telah dibentuk perlu membentangkan kertas kerja masing-masing.Antara kumpulan yang telah membentangkan kertas kerja dan mendapat komen dan penambahbaikan adalah:

Kumpulan Latiffi:

Tajuk: Meningkatkan penghayatan pelajar dalam matapelajaran sejarah melalui komik
-dengan menggunakan komik yang sedia ada seperti komik kisah hidup Tun Dr Mahathir

Komen:Komik adalah buku yang sedia ada, penggunaan komik kisah hidup Tun Dr Mahathir lebih kepada subtopik dan bukannya subjek sejarah kerana komik tersebut hanya meliputi kisah hidup beliau sahaja sedangkan subjek sejarah merangkumi semua aspek sejarah dari segi tokoh, peristiwa dan sebagainya.

Cadangan:

  • gunakan komik LAT sebab lebih universal (meliputi sejarah sebelum merdeka, selepas merdeka)
  • Tajuk yang telah dicadangkan adalah Meningkatkan minat pelajar dalam subjek sejarah menggunakan kartun

Kumpulan Hafiz Hassan

Tajuk: Meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam kesusasteraan Melayu (puisi) melalui permainan mencari harta karun
-terdapat 3 checkpoint iaitu
  • checkpoint 1-terjemah puisi
  • checkpoint 2-mencipta puisi
  • checkpoint 3-perbincangan untuk lakonan/pentomim
-kemudian kumpulan (ada 6 kumpulan) akan mempersembahkan hasil perbincangan (lakonan) masing-masing
-Data akan dikumpul melalui pemerhatian, feedback (maklumbalas), dan soal selidik (sebelum dan selepas aktiviti)
-Pemarkahan adalah menggunakan rubrik

Komen dan penambahbaikan:
  • Persembahan kumpulan boleh dilakukan semasa minggu bahasa (dianjurkan oleh Persatuan Bahasa) dan dilakukan secara besar-besaran
  • Tempoh latihan persembahan dipanjangkan

Kumpulan Ella Syafinaz

Tajuk: Meningkatkan Penggunaan Kata Kunci Melalui Kaedah Rekacipta Lagu Dalam Subjek Biologi Tingkatan 4
-guru mengajar subjek dan pelajar akan merekacipta lagu sendiri untuk mengingati kata kunci
-pra test dan post test (ujian esei) akan dilakukan untuk melihat peningkatan penggunaan kata kunci

Komen/cadangan:
Tajuk yang dicadangkan adalah Meningkatkan penggunaan kata kunci untuk menjawab soalan esei dengan kaedah mereka cipta lagu.

Kumpulan Junaidon:

Tajuk: Meningkatkan kemahiran menyanggar dalam permainan bola tampar
Fokus kepada pelajar Tingkatan 1 dimana terdapat 3 kali pertemuan. Penilaian dijalankan secara pemerhatian

Komen: Kertas kerja yang dibentangkan bukanlah satu kajian tindakan. Jadi kena tukar tajuk lain.

Kumpulan Faizal Mahmud

Tajuk: Meningkatkan penguasaan sebutan bahasa inggeris pada pelajar sekolah Tahun 2.
Kaedah yang digunakan adalah nyayian, smart reader, peer teaching dan cheering

Tugasan: Kemas kini kertas kerja. Buat dengan lebih detail lagi. Masukkan Cycle dan diagram sekali


0 comments: